Penyerang muda Indonesia, Dominikus Dion, antara pemain yang berada dalam senarai 23 pemain yang akan memperkuatkan skuad Garuda Muda menjelang Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 2025.
Penyerang PSS Sleman itu menjadi watak penting kepada pasukannya dalam kempen Liga Utama Indonesia musim 2024/25 selepas mencatatkan 30 penampilan selain tiga jaringan dan satu bantuan jaringan.
Kelincahan penyerang berusia 20 tahun itu mampu menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan dalam kempen Piala Mandiri kali ini.
Antara pemain yang turut mencuri perhatian adalah Muhammad Ferarri (Persija), Kakang Rudianto dan Hokky Caraka (PSS Sleman).
Terdahulu, Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Gerald Vanenburg, berkongsikan dia tidak menyenaraikan pemain Utama seperti Rafael Struick (22) dan Marselino Ferdinan (20) susulan komitmen pada skuad kebangsaan yang dalam misi mara ke Piala Dunia 2026.
"Yang paling penting ialah untuk layak ke Piala Dunia 2026. Kerana itu yang paling utama, jadi saya sangat senang melihat pemain ini berkembang dan dapat membantu Indonesia.
"Kualiti mereka berdua sudah diiktiraf di peringkat lebih tinggi." katanya.
Untuk rekod, Indonesia berada dalam kempen Kumpulan A Bersama Brunei dan Malaysia.

??The Football Association of Indonesia has officially finalized the 23-player squad that will represent Indonesia U23 at the ASEAN U23 Championship 2025.
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 14, 2025
? Squad Information:
-Average year of birth : 2003.7
- Players playing abroad : 0#PSSI pic.twitter.com/6QyglVsbkV