Sistem teknologi video bantuan pengadil (VAR) belum bersedia untuk digunakan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, berkata sistem itu dijangka bersedia sepenuhnya untuk diimplementasikan bermula saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
“VAR akan digunakan tahun depan kerana apa yang kami lihat dan dimaklumkan oleh MFL (Liga Bola Sepak Malaysia), ia tidak sempat untuk gunakan tetapi persiapannya sudah bermula tahun ini.
“Setakat ini, kami tidak pasti bila akan digunakan tetapi untuk final Piala Malaysia, tak sempat (guna VAR)," katanya dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengharapkan agar VAR dapat digunakan secepat mungkin, iaitu dalam aksi final Piala Malaysia.
Dalam pada itu, Noor Azman berkata, FAM akan memastikan pengadil bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan VAR menerusi beberapa siri latihan dan kursus yang telah dijalankan.
Menurutnya, Malaysia akan mempunyai 40 pengadil yang lulus lesen sistem VAR menjelang hujung tahun ini.
"Kita menjalani tiga fasa latihan. Sesi sekarang ialah fasa kedua dan fasa ketiga pada bulan 11 dan 12. Itu adalah sesi praktikal dan berakhir tiga fasa itu maka lengkaplah latihan untuk pengadil kita.
"Selepas itu, kita akan tunggu penilaian akhir daripada FIFA pada Mac tahun depan," katanya.
Kredit: Sinar Harian