NEGERI SEMBILAN 2 PAHANG 1
Hajat Pahang melakar kemenangan sulung dalam saingan Piala Malaysia tidak kesampaian apabila tewas kepada Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Ternyata dengan ketiadaan Dollah Salleh untuk mengendalikan pasukan kerana digantung 18 bulan, Pahang gagal mempamerkan persembahan terbaik beraksi di laman lawan.
Selepas tiga perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar mengutip tiga mata, iaitu seri ketiga-tiga perlawanan -- dengan Negeri Sembilan 2-2, PKNP 1-1, dan T-Team 1-1 -- dan kekalahan ini meletakkan mereka di tangga ketiga Kumpulan A.
Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Asri Ninggal mengasak jentera pertahanan lawan di awal permainan dan berjaya mencetak gol pertama perlawanan pada minit ke-10 menerusi percubaan Farderin Kadir.
Negeri Sembilan menggandakan jaringan yang disempurnakan oleh Khairul Anwar pada minit ke-35 untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan melancarkan serangan demi serangan selepas perlawanan bersambung, pada minit ke-71, Khairul Anwar terus memburu jaringan kedua peribadinya namun percubaannya tersasar.
Pahang pulang dengan gol sagu hati Heo Jae-Won pada minit ke-87, namun terpaksa akur dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan.
Keputusan lain:
SARAWAK 0 JDT 2
KUALA LUMPUR 1 FELDA UNITED 4
MELAKA UNITED 2 KEDAH 6
PKNP 4 T-TEAM 1
PKNS 1 PERAK 3
TERENGGANU 2 SELANGOR 3
UiTM 2 KELANTAN 0
Kredit imej: FB Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan - RASMI