The Bos Gaurus mudah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi Piala Malaysia di Ipoh malam tadi, sekaligus kekal menerajui kumpulan B dengan 13 mata.
Jaringan Gilmar Jose dan Kenny Pallraj dalam separuh masa pertama meletakkan pasukan The City Boys di tangga ketiga kumpulan dengan hanya mengutip dua mata daripada lima perlawanan.
"Kami buat kesilapan.
"Dua jaringan Perak dalam separuh masa pertama membuat keadaan sukar," kata pengendali KL, Fabio Magrao.
"Apapun, saya lebih melihat perlawanan Liga Perdana, Jumaat ini. Bukannya Piala Malaysia tidak penting tetapi berdasarkan keadaan sekarang, kami kena realistik.
"Jumaat ini bagaikan satu perlawanan akhir buat kami. Ini menentukan sama ada kami ke Liga Super tahun hadapan atau tidak," tambahnya.
Sementara itu, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, nyata berpuas hati dengan sentuhan pemain yang diturunkan malam semalam.
"Tidak mudah apabila banyak melakukan pertukaran pemain. Tetapi saya gembira mereka menunjukkan persefahaman dan berusaha keras apabila diberi kepercayaan," kata Durakovic.
Menyentuh mengenai kancah bola sepak tempatan yang direhatkan sempena Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dari 19-30 Ogos ini, pengendali Perak itu senang menerima usaha itu sambil menyifatkan setiap pasukan memerlukan rehat.
"Tidak dapat dibayangkan tetapi kredit kepada semua yang terlibat kerana masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan berkesan walaupun mengharungi jadual yang padat," ujarnya.