Sergio Romero akan memulakan aksi Piala FA di antara Manchester United dan Derby County awal pagi esok dalam usaha Jose Mourinho untuk mengelak kekecewaan ketika menghadapi sebuah pasukan yang dianggapnya mempunyai kualiti setanding pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
United ditewaskan 2-1 oleh pasukan Liga Kejuaraan, Bristol City, dalam suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL), bulan lalu.
Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic kedua-duanya memulakan perlawanan di Ashton Gate tetapi tidak dapat menghalang pengunjung daripada pulang dengan kejayaan selepas Korey Smith mencetak gol kemenangan untuk skuad kendalian Lee Johnson itu.
Mourinho berazam untuk mengelak nasib yang sama terhadap sebuah pasukan yang sedang memburu promosi dalam divisyen kedua itu.
"Undian ini tidak memihak kepada kami kerana kami akan bermain menentang pasukan setaraf skuad EPL," kata Mourinho dalam sidang akhbar menjelang aksi pusingan ketiga di Old Trafford itu nanti.
"Jika anda melihat pemain (Derby), mereka bukan pemain Liga Kejuaraan, mereka adalah pemain EPL. Saya pernah berdepan majoriti daripada mereka dalam EPL.
"Carson (Scott), Curtis Davies, (Joe) Ledley, (Matej) Vydra, (Tom) Huddlestone, saya pernah menentang mereka."
Mourinho menegaskan dia akan menurunkan barisan terkuat dalam kunjungan ke Bristol dan merancang untuk berbuat demikian, sekali lagi pada awal pagi esok.
"Saya akan melakukan perkara yang sama terhadap Derby County, saya akan menurunkan pasukan yang mantap, keputusan perlawanan di luar kawalan saya tetapi sudah pasti saya akan menurunkan barisan pasukan utama, pemain pilihan," ujarnya.
Pengurus Portugis itu mengesahkan Romero akan mengambil alih posisi David de Gea sebagai benteng akhir.
"Saya akan mengetengahkan aksi seperti perlawanan EPL dan saya akan menurunkannya kerana dia penjaga gawang handalan. Dia patut bermain dan David patut berehat," katanya.
"Romero akan menjadi penjaga gol Argentina dalam Piala Dunia, beberapa bulan lagi, jadi Romero sangat bermakna buat kami.
"Selain itu, saya akan mempertaruhkan pasukan yang saya anggap sebagai pasukan yang sangat kuat."
Menurut Mourinho lagi, Romelu Lukaku boleh diturunkan selepas bebas daripada kecederaan kepala sementara Marouane Fellaini juga telah pulih daripada kecederaan lutut.
"Romelu dalam keadaan baik, Fellaini akan kembali," kata pengurus itu.
"Michael Carrick juga kembali menjalani latihan tetapi belum bersedia untuk beraksi lagi.
"(Antonio) Valencia akan kembali minggu depan, jadi dia tidak akan bermain esok."