FELDA UNITED 0 JDT 2
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.
Kedah dan Pahang turut cemerlang meneruskan kemaraan, dengan anak buah Dollah Salleh memerlukan masa tambahan untuk kekal bersaing.
Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, meletakkan kepercayaan kepada pasukannya yang melalui sedikit perubahan selepas ketiadaan pertahanan kental, Fadhli Shas, dalam aksi pusingan kedua itu.
Di atas padang, perubahan ini tidak menunjukkan kelompongan yang ditinggalkan Fadhli, sebaliknya JDT tampak bersedia berdepan Felda.
Selaku pasukan yang baru kehilangan jurulatih, Azmi Mohamed, Felda turut tidak gentar, malah memberi saingan sengit kepada pasukan pelawat.
Bagaimanapun, segalanya tampak tidak memihak Felda seawal minit ke-12 apabila JDT memperoleh sepakan penjuru yang disudahkan dengan gol pembukaan menerusi Gabby Guerra.
Selepas itu, Felda melakukan serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan, malangnya peluang keemasan Gaston Cellerino yang hanya berdepan Mohd Izham Tarmizi terkena tiang gol.
Pada minit ke-64, Cellerino berjaya menewaskan Izham, bagaimanapun kali ini golnya dibatalkan pengadil selepas dia dihukum ofsaid.
Gonzalo Cabrera akhirnya meledak gol kedua buat JDT pada minit ke-80 untuk membawa pasukannya ke pusingan ketiga.
Saingan pusingan kedua Piala FA ini turut menyaksikan Pulau Pinang dan Melaka United meraih kemenangan pertama musim ini di samping Selangor dan Kelantan masing-masing tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti.
Keputusan pusingan kedua Piala FA:
Felda United 0 JDT 2
Kedah 4 Kuala Lumpur 2
Melaka United 1 PKNS 0
MPKB-BRI U-BeS 0 Pulau Pinang 1
Sabah 1 UKM 0
Sarawak 6 MISC-MIFA 3
Perlis 1 PDRM 0
Petaling Jaya Rangers 1 UiTM 2
JDT II 2 Pahang 4
T-Team 1 ATM 1 (T-Team menang penalti 4-2)
Selangor 0 Negeri Sembilan 0 (Negeri Sembilan menang penalti 4-3)
PKNP 1 Kelantan 1 (PKNP menang penalti 4-3)