Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA cukup bermakna kepada Chelsea -- Terry

foreign-players-don-t-expect-cup-upsets-terry.jpg

John Terry meluahkan betapa pentingnya Piala FA kepada Chelsea selepas berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam pusingan kelima kejohanan itu, malam tadi.

Gol daripada Pedro dan Diego Costa di Molineux memastikan The Blues mara ke suku akhir dengan pengendali, Antonio Conte, menurunkan kapten, John Terry, bagi mengemudi jentera pertahanan.

Cesc Fabregas, juara Piala FA bersama Arsenal pada tahun 2005, turut kembali membarisi kesebelasan utama dan Terry berkata penting untuk menurunkan pemain yang sedar betapa bahayanya pihak lawan.

Dia memberitahu BT Sport: "Piala FA adalah sebahagian penting dalam sejarah kelab ini. Saya sudah menjuarai trofi ini sebanyak lima kali, dan Fabregas juga tahu kepentingan trofi ini.

"Kami membesar dengan kejohanan ini -- keputusan hari ini membuktikan pemain luar England kurang memahami kepentingan kejohanan ini."

Terry hanya empat kali membarisi kesebelasan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan hanya kecederaan lutut David Luiz memberi ruang kepada pemain berusia 36 tahun itu untuk beraksi.

Bagaimanapun, seperti Fabregas, mereka enggan mengalah dalam merebut masa bermain.

Dia berkata: "Kami bermain dengan baik, jadi sudah tentu sukar untuk mendapat peluang beraksi tetapi apabila peluang itu hadir, kami harus bermain dengan baik.

"Cesc bermain dengan baik musim ini tetapi dia tidak bernasib baik tetapi apa yang boleh kami lakukan adalah untuk memberi sokongan kepada mereka yang beraksi."

Advertisement

Must Watch Video