Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia: Qatar tawar kemudahan bertaraf dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lusail-stadium.jpg
Kurang lima bulan sebelum bermulanya penganjuran Piala Asia 2023, Qatar tidak berhadapan masalah besar untuk menyediakan fasiliti terbaik mereka.

Keputusan pada saat akhir China yang menarik diri dari penganjuran diterima dengan tangan terbuka oleh Qatar yang masih segar dengan penganjuran Piala Dunia 2022.

Justeru, segala-galanya tersedia.

Menerusi kemudahan teknologi terbaik dimiliki negara itu, tidak langsung keraguan yang terpancar daripada barisan pengamal media di seluruh Asia yang dijemput Jawatankuasa Penganjur Tempatan Piala Asia Qatar 2023.

Bermula dengan penyediaan stadium bertaraf dunia, Qatar menjadi negara Asia pertama menggunakan kelengkapan bertaraf Piala Dunia bagi penganjuran Piala Asia tahun depan. 

Ia meletakkan tuan rumah selangkah ke depan berbanding dengan negara Asia lain, khusus daripada segi penganjuran kejohanan bola sepak antarabangsa.

Selain Stadium Lusail, Stadium Ahmad bin Ali antara salah satu daripada tujuh stadium Piala Dunia yang akan digunakan.

Qatar turut dilimpahi dengan penjaga terbaik terutama melibatkan rumput stadium dengan menggunakankan teknologi luar biasa sudah cukup membuktikan Qatar bersedia sepenuhnya.

"Ini kemudahan bertaraf dunia. FIFA telah menetapkan standard tertentu. Jadi sebab itu anda dapat lihat teknik pencahayaan yang kami ada untuk menjaganya. 

 

"Dua tahun sekali kami menukar rumput dan bulan ini prosesnya akan bermula bagi persiapan menghadapi Piala Asia," kata pengurus Stadium Ahmad bin Ali, Ahmad Al Qatami.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jawatankusa Penganjur Tempatan Piala Asia 2023, Jassim Abdulaziz Al Jassim, keutamaan kedua juga adalah memberi kemudahan terbaik buat peyokong bola sepak seluruh negara dengan memudahkan lagi kemasukan mereka ke negara itu sepanjang penganjuran Piala Asia.

"Kami pernah saksikan suasana kemeriahan bola sepak Piala Dunia di sini dan negara Arab yang lain termasuk Asia. 

"Jadi ia akan tetap serupa ketika Piala Asia," katanya pula.

 

Advertisement

Must Watch Video