Kim Pan-gon menyeru penyokong Malaysia untuk tidak putus harapan terhadap kemampuan Harimau Malaya untuk bertemu Republik Korea pada saingan terakhir Piala Asia esok.
Walaupun jurang pertemuan dengan pasukan di ranking ke-23 dunia di Stadium Al-Janoub itu ibarat langit dan bumi, Pan-gon tetap menaruh harapan terhadap anak buahnya untuk melakukan keajaiban -- setidak-tidaknya memecah kebuntuan jaringan dalam kempen di Qatar ini.
Skuad negara mampu menggegar gawang Korea ketika menyaksikan Safawi Rasid meledak gol ke atas Taeguk Warriors dalam Piala Asia 2018.
"Pada saya, tidak kisah jika satu atau dua jaringan sekali pun jika kita ada persiapan yang rapi.
"Kenapa penyokong tidak boleh hormati kami jika tidak menang esok?.
"Palestin dan Tajikistan dah mara, pemain perlu belajar sesuatu daripada mereka.
"Jangan anggap ini perlawanan terakhir untuk tahun ini sebab kita masih ada kelayakan Piala Dunia.
"Yang penting adalah persiapan untuk menghadapi cabaran ini," katanya dalam sidang media pra -perlawanan Kumpulan E,Piala Asia.
Walaupun, ketua jurulatih kebangsaan itu bakal berdepan dengan pasukan negara kelahirannya, dia mahu menjadikan perlawanan itu sebagai penanda aras dan menjadi motivasi untuk bertemu pasukan bertaraf dunia pada masa akan datang.
"Mungkin dari aksi yang ditunjukkan esok kita akan memperoleh sesuatu.
"Pemain berpeluang untuk berasa gentar dan lakukan terbaik pada perlawanan nanti," kata Pan-gon," katanya lagi.