BOLA SEPAK
Piala Asia B-23: Skuad remaja buru sinar motivasi di Thailand
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bermula Rabu ini menjadi pentas skuad remaja negara melakar kebangkitan.
Berikutan kehadiran dua pemain berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine, disertai pemain-pemain utama dari kelab Liga Malaysia (Liga-M) seperti Mukhairi Ajmal Mahadi dan Azman Azmi Murad, Haqimi Azim, sekali gus memberi sinar harapan buat Harimau muda untuk menggalas cabaran kali ini.
Untuk rekod, Sabtu lalu skuad negara gagal melepasi sasaran ke pentas akhir Piala AFF 2023 selepas menamatkan saingan di tempat keempat hingga menimbulkan tanda tanya adakah mereka mampu mencapai sasaran di Thailand.
Iklan
"Kami ada matlamat, kami mahu membuat kejutan.
"Kami dalam keadaan tertekan, kami kurang bermotivasi dengan (rentetan) kekalahan sebelum ini.
"Jadi kami cuba memotivasikan diri untuk bangkit. Saya harap dengan kehadiran Luqman dan Noaa baik untuk pasukan sebab mereka bermain di luar.
"Saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi kerana hanya akan menyertai rakan-rakan di sana Isnin ini," kata pemain tengah, Mukhairi Ajmal.
Menurut pertahanan Harimau Muda, Azam Azmi: "Semua pemain bagus, ada kualiti. Tiada bintang dalam skuad ini dan saya perlu berjuang untuk merebut tempat."
Malaysia akan membuka kempen Kumpulan H berdepan Banglades, Filipina diikuti Thailand.
Must-Watch Video