Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap Piala Airmarine sebagai medan terbaik untuk Malaysia mengelak daripada saingan play-off kelayakan Piala Dunia nanti.
Syarat untuk tidak beraksi dalam aksi play-off, Malaysia perlu berada dalam kelompok ranking ke-34 terbaik Asia.
Turun beraksi dalam Piala Airmarine dengan ranking paling rendah, skuad Tan Cheng Hoe itu tiada pilihan selain menunjukkan aksi cemerlang jika mereka mahu berada dalam kelompok 34 terbaik Asia.
Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-35 Asia.
"Kami mahu dalam saingan kelayakan nanti, Malaysia berada dalam kelompok 34 terbaik Asia bagi mengelak saingan play-off," kata Yusoff.
Piala Airmarine, yang dianggap penyelamat situasi skuad Harimau Malaya, mahu dijadikan sebagai kejohanan tahunan dengan mendapat pengiktirafan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Ini merupakan penganjuran pertama bagi saingan ini. Kami akan meneliti selepas ia selesai dijalankan bagi melihat kebarangkalian ia akan dianjurkan pada tahun berikutnya," kata Ketua Pegawai Proevents, Julian Kam.