Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Laguna Stallion mahu ukur kemampuan dengan Terengganu FC

laguna-stallions.jpg
"Kami cuma kelab pembangunan."

Ketua jurulatih Laguna Stallions, Ernest Nierras, mengambil pendekatan merendah diri dalam kunjungan bertemu Terengganu FC, petang esok. 

Wakil kelab Filipina itu memilih untuk bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas berbanding pengangkutan udara. 

Baginya, ini peluang bagi anak-anak buahnya menikmati pemandangan di negara ini, apatah lagi ini kali ketiga mereka beraksi di tempat lawan yang berdekatan pantai. 



Nierras mengambil pendekatan santai walaupun sebelum ini dibelasah Bali United  1-5 dan Central Coast Mariners 1-9. 

Kesempatan ini juga mempromosi kelab mereka dengan masyarakat setempat selain memaklumkan berbangga dengan pencapaian bekas pemainnya, Jordan Mintah, yang pernah menyarung jersi Sang Penyu. 

"Kami perlu bekerja keras. 

"Kami mahu mengukur tahap kami sambil belajar," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video