Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFC: Ivan optimis Terengganu kini di landasan terbaik lebar rekod kemenangan

ivan-mamnut.jpg
Penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut, dia percaya kemenangan pertama yang diraih di laman sendiri mampu suntik semangat pasukan untuk menghadapi aksi seterusnya.

Ivan yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan turut menegaskan selaku penyerang, dia menyedari akan tanggungjawab yang digalas dan akan cuba sehabis baik membantu Sang Penyu setiap kali diturunkan beraksi.

Selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners, Terengganu bakal berkunjung ke Indonesia 4 Oktober depan bagi menghadapi Bali United untuk perlawanan kedua Kumpulan G Piala AFC 2023.

"Ini merupakan kemenangan yang penting, kami telah bermain dengan baik, saya berjaya bermain bagus untuk pasukan dan berharap untuk meneruskan rentak cemerlang ini dalam perlawanan berikutnya," kata Ivan menerusi Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video