Skip to main content

Bola Sepak

PFA akui pemain beraksi tanpa gaji

perlis-gaji.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie, mengakui barisan pemainnya beraksi tanpa gaji ketika mereka tumpas dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut itu.

Amizal menepis dakwaan bahawa hutang tersebut perlu diselesaikan sebelum sepak mula menentang UKM FC semalam, namun menjelaskan pihaknya masih berusaha untuk mendapatkan sumber bagi menjelaskan gaji pemain dalam masa terdekat.

Beliau mengakui keadaan itu sedikit-sebanyak menjadi penyumbang kepada kemerosotan prestasi Perlis dalam perlawanan pembukaan itu sehingga tewas 1-2 kepada UKM FC.

"Saya meletakkan kepercayaan penuh kepada barisan pemain saya dan saya yakin dan pasti kesemua pemain sudah memberikan persembahan terbaik.

"Saya tidak mahu mempersoalkan tentang fokus pemain terhadap pasukan ini," katanya.

Dalam masa sama, Perlis turut menolak dakwaan bahawa Muhammad Badhri Radzi dan Khyril Muhaimeen Zambri sudah meninggalkan pasukan itu. 

"Kedua-dua pemain itu tidak berada dalam kondisi kecergasan terbaik mereka.

"Saya menggunakan pemain lain dalam perlawanan pertama ini dan mereka mungkin akan diturunkan dalam perlawanan berikutnya," kata ketua jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Advertisement

Must Watch Video