BOLA SEPAK
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya janji aksi berbeza hadapi Tajikistan
Dua tonggak negara, Corbin Ong dan Stuart Wilkin, menjangkakan prestasi berbeza 100 peratus apabila bertemu Tajikistan, Selasa ini.
Skuad Harimau Malaya mendambakan kejuaraan ke-11 Pestabola Merdeka di stadium keramat negara, Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi perlu melepasi ranjau lawan di ranking ke-110 dunia itu selepas terlebih dahulu menafikan India dalam pertemuan separuh akhir, kelmarin.
"Pemulihan setiap pemain berjalan lancar dan kemenangan lalu menjadi suntikan semangat dan kami kembali berlatih secara berkumpul untuk persiapan perlawanan akan datang.
Iklan
"Kami tidak akan bersikap sambil lewa menerusi persiapan dua hari ini.
"Kami perlu turun dengan keyakinan walaupun menyedari ranking mereka yang lebih tinggi," kata Stuart di Wisma FAM petang tadi.
Dalam masa sama, Corbin yang mencetak jaringan keempat ketika membenam India apabila menjelaskan barisan Kim Pan-gon itu sama sekali tidak menjangkakan satu laluan mudah dalam menuju kegemilangan.
"Setiap pasukan fokus kepada persiapan sendiri berbanding pihak lawan. Kami perlu fokus apa yang dilakukan.
"Kami akan mencurahkan segala kudrat demi memenangi piala ini.
"Semua pemain teruja untuk mengekalkan piala ini," katanya.
Must-Watch Video