Skip to main content

Bola Sepak

'Satu penghormatan besar' -- Tan Cheng Hoe kembali terajui Harimau Malaya

'Satu penghormatan besar' -- Tan Cheng Hoe kembali terajui Harimau Malaya

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan skuad kebangsaan. Ini merupakan satu penghormatan yang besar dan cukup terharu.”

Itu reaksi pertama Tan Cheng Hoe selepas diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya bagi menggantikan Peter Cklamovski.

Pelantikan bekas pengendali skuad kebangsaan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas serta rekod cemerlang yang dimilikinya dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Tan Cheng Hoe bukan nama asing buat penyokong Harimau Malaya. Beliau pernah membimbing skuad kebangsaan dari 2017 hingga 2021 dan berjaya membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018.

Malah, ketika bergelar pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal, beliau turut memainkan peranan penting membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di peringkat domestik pula, jurulatih kelahiran Alor Setar itu mencipta kegemilangan bersama Kedah dengan membantu skuad Lang Merah menjuarai Liga Premier 2015, Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017.

Kini, selepas kembali ke FAM sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan pada April lalu, beliau sekali lagi diberikan amanah untuk memimpin Harimau Malaya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang Kejohanan ASEAN, Cheng Hoe menegaskan fokus utama adalah memastikan Malaysia melangkah ke peringkat kalah mati.

“Umum mengetahui pasukan sedang dalam persiapan menghadapi Kejohanan ASEAN. Sasaran untuk kejohanan kali ini adalah melihat dari perlawanan ke perlawanan. Objektif utama adalah memastikan layak ke peringkat kalah mati.”

Beliau juga percaya skuad negara perlu bergerak secara berperingkat tanpa meletakkan tekanan melampau kepada pemain.

Dalam masa sama, Cheng Hoe turut mengharapkan sokongan padu daripada penyokong untuk membantu kebangkitan Harimau Malaya.

“Saya ingin menyeru penyokong agar terus berada di belakang Harimau Malaya.”

Beliau turut mengesahkan kem latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula pada 15 Julai depan.

“Latihan skuad kebangsaan bermula 15 Julai dan saya berharap semua pemain berada dalam tahap terbaik.”

Dengan pengalaman luas serta rekod yang pernah membawa Malaysia ke pentas final AFF, pelantikan Tan Cheng Hoe dilihat mampu memberikan kestabilan dan suntikan baharu buat Harimau Malaya dalam menghadapi cabaran mendatang.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video