Skip to main content

Permotoran

ARRC: Ramdan Rosli mahu ulangi pencapaian tahun lalu, tawan Litar Mandalika

f

Menjelang pusingan keempat kategori SS600, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia pada 7 hingga 9 Ogos ini.

Pelumba TVS Racing International Championship, Mohd Ramdan Rosli, enggan memandang rendah keupayaan pelumba dari India, Sarthak Chavan, yang mengekori rapat di tempat kedua, sebaliknya fokus kepada misi menamatkan saingan bergelar juara keseluruhan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Meskipun terdapat perbezaan mata agak jauh susulan Ramdan meninggalkan pelumba India itu dengan perbezaan 29 mata, namun ianya bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan ramdan menarik handbrake kerana segala-galanya boleh berlaku dalam baki saingan perlumbaan.

Beraksi di Litar Mandalika pada 7 hingga 9 Ogos ini, Ramdan bersedia meneruskan momentum kemenangan, namun kali ini mengimpikan untuk mengukuhkan kedudukan di podium tengah pada perlumbaan di Bumi indonesia itu.

 

 

 

 

"Litar Mandalika tidak begitu teknikal, lebih kepada kelajuan, jadi jentera yang baik memainkan peranan utama.

"Saya fokus pada perlumbaan 'Practice' pertama pada Jumaat ini untuk melihat dimana kedudukan saya, sasaran saya semestinya mahu raih podium, tahun lalu saya menang di litar ini, jadi tahun ini begitu juga" katanya.

Untuk rekod, Ramdan kini mengumpul 109 mata meninggalkan Sarthak di kedudukan kedua dengan 80 mata. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video