Skip to main content

Boling

Tenpin Boling Orang Pekak Malaysia: Pasukan Sabah dedikasi kemenangan buat mendiang bekas Presiden

ll

"Kemenangan ini untuk bekas presiden kami"

Berikut merupakan luahkan kapten tenpin bowling wanita pekak Sabah, Irene L. Gubud, selepas dia dan rakan sepasukan berjaya muncul juara kategori berpasukan wanita, Kejohanan Tenpin Boling Orang Pekak Kali Ke-9 di Subang Jaya, hari ini.

Kemenangan itu tidak datang begitu sahaja, ia hasil daripada semangat dan sokongan yang diberikan bekas Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sabah, Mendiang Spencer Soo Kok Heng, yang meninggal akibat kanser pada Jun lalu.

Bagi Irene, tanpa sokongan mendiang, mereka tidak akan berada di sini.

"Kami mendedikasikan kemenangan ini kepada mendiang presiden kami sebelum ini, Mendiang Spencer Soo Kok Heng, dan juga buat Presiden kami yang baru.

"Untuk bekas Presiden kami, terima kasih kerana selalu menolong kami, berikan sokongan dan mencari sumbangan, bantu kami dating ke sini dan mendapat tempat tidur," kongsinya.


Sementara itu, perjalanan berliku perlu diharungi mereka apabila di saat akhir terpaksa berdepan kebangkitan wakil Sarawak, namun Sabah berjaya cantas kebangkitan itu sekali gus bergelar juara.

"Kami datang dari jauh, kami kepenantan tetapi apabila dapat merangkul pingat emas ini kami berasa sangat lega." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video