Jose Mourinho berkata kekuatan perwatakan Manchester United menghindarkan mereka daripada menjadi kelab Liga Perdana terbaru yang diaibkan pasukan liga bawahan dalam Piala FA apabila bangkit untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers, semalam.
Dirangsang oleh sorakan bersemangat di Ewood Park, pasukan Liga Kejuaraan itu mendahului menerusi Danny Graham selepas 17 minit.
Marcus Rashford segera menyamakan kedudukan dan ia kemudian terserah kepada Zlatan Ibrahimovic memainkan peranan lazimnya selaku penyumbang gol kemenangan apabila mengutip satu hantaran Paul Pogba sebelum menyudahkannya dengan tenang untuk memacu United ke pusingan keenam.
“Saya fikir perwatakan setiap pemain kami sangat baik,” Mourinho memberitahu BT Sport. "Dengan sikap yang berbeza, kami tidak akan menang. Mereka memberikan kami cabaran sukar dan pastinya saya gembira dengan pemain-pemain saya.”
Mourinho turut menghargai impak yang diberikan oleh Ibrahimovic dan Pogba, yang diperkenalkan selepas setengah jam permainan.
“Saya memiliki pemain-pemain penting di bangku pemain simpanan dan saya boleh cuba untuk membuat mereka memberikan impak tapi itu tidak selalunya menjadi,” katanya. “Saya bercakap dengan Paul dan Zlatan dan mereka tampil dengan sikap yang betul.”
Pengurus United itu mengakui lega kerana pemain-pemainnya tidak perlu mengharungi perlawanan ulangan dengan kepadatan jadual liga dan saingan Eropah di samping menawarkan pujian kepada pegawai-pegawai perlawanan.
“Kami berhak menang tapi Blackburn juga berhak untuk ke Old Trafford," katanya. “Tapi mereka kini boleh fokus kepada Liga Kejuaraan yang sukar. Perlawanan kedua di Old Trafford harus menjadi satu malapetaka.
“Saya fikir pengadil mendapati segala-galanya dalam kawalan mereka dan bersikap tenang. Malah, budak pengutip bola di sebelah kanan saya juga sangat baik.”
Undian suku akhir Piala FA, bagaimanapun, tidak begitu memihak United, dengan satu perlawanan di tempat lawan berdepan pendahulu Liga Perdana, Chelsea.
Barisan Mourinho dibelasah 4-0 dalam saingan Liga Perdana di Stamford Bridge, Oktober lalu.