Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, merancang program latihan di luar negara, dengan Amerika Selatan berada dalam radarnya sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos ini.
Pasukan negara menjelmakan keyakinan untuk membutirkan emas dalam temasya itu berdasarkan kemampuan mereka menyaingi gergasi futsal dunia, Thailand, ketika Kejohanan AFF, baru-baru ini.
Maka, Chun Yong mengakui anak buahnya perlu diberi lebih banyak pendedahan untuk terus berdaya saing bagi temasya dwi-tahunan itu.
"Kami sekurang-kurangnya perlu berlatih di tiga tempat di luar negara. Sudah tentu ia bukannya negara Asia, jika boleh. Ia bagi menguji taktikal dan sistem kami.
"Selain itu, ia boleh meningkatkan tahap keyakinan pemain untuk bermain dengan lawan yang lebih besar," katanya.
Skuad negara meraih tempat ketiga dalam Kejohanan AFF bulan lalu untuk mengulangi pencapaian 2015.
Pemain negara, Khairul Effendy Bahrin, yang meledak enam gol dalam kejohanan itu, optimis pasukannya mampu melunaskan misi ke final Sukan SEA nanti.
"Saya rasa persiapan untuk Sukan SEA ini sudah cukup dan kalau kami perlu berusaha lagi, aspek mental dan psikologi perlu ditingkatkan," katanya.
Kali terakhir skuad futsal lelaki negara berjaya menaiki podium ialah dalam Sukan SEA edisi 2007 dengan menyumbang pingat perak.
Sejak itu, mereka bergelut untuk mencapai keputusan memberangsangkan dalam temasya itu pada 2011 dan 2013.