"Ini bukan untuk saya sebenarnya tetapi untuk pasukan, untuk rakyat Malaysia..."
Itu bicara ringkas pemain lincah pasukan bola sepak negara, Faisal Halim, berkenaan jaringan pendahuluan minit ke-11 dilakukannya ketika berdepan gergasi Asia, China, malam tadi.
Bintang berprofil tinggi Selangor FC itu menambah: "Saya berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong dan mendoakan saya.
"Alhamdulillah, selama sebulan saya tidak beraksi selepas saya digantung.
"Inilah rezeki Allah, terima kasih jurulatih kerana sudi beri peluang kepada saya."
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu meneruskan momentum positif apabila mengikat pasukan tangga ke-80 dunia, China, 1-1 dalam perlawanan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.
Faisal terlebih dulu meletakkan pasukan negara di depan sebelum The Dragon Team bangkit menyamakan kedudukan hasil rembatan padu bintang kelab Liga Super China, Dalian Pro, iaitu Lin Liangming, pada minit ke-36.
Harimau Malaya sebelum itu mengikat satu lagi jagoan bola sepak Asia dengan status ranking ke-94 dunia, Syria, 2-2 di Stadium East-Town Football Park Chengdu.
Kredit: Sinar Harian