Skip to main content

Bola Sepak

Peranan jurulatih lonjak karier Boy

daniel-amier-norhisham.jpg
Daniel Amier Norhisham menyifatkan skuad B-23 negara yang dibentuk Datuk Ong Kim Swee ketika ini memiliki komitmen dan semangat juang yang tinggi. 

Pemain tengah itu menjadi wira kepada pasukan negara apabila mencetak gol tunggal perlawanan ketika mengejutkan Arab Saudi, seterusnya melepasi peringkat Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di China. 

"Pasukan B-23 kali ini agak berbeza. Kami menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi.

"Tidak kira siapa yang akan ditentang, kami aksi memberikan aksi 100 peratus," katanya. 

Tambah pemain yang disapa Boy itu, mereka berdepan tekanan tinggi pada awal kempen di China itu dengan berkata: "Selepas kekalahan 4-1 kepada Iraq, ramai peminat mula mengatakan kami akan pulang awal. 

"Sehari selepas perlawanan, kami kembali berlatih dan Kim Swee menaikkan semula moral kami, buat kami percaya bahawa sebenarnya kami boleh buat yang lebih baik. Dia tahu kemampuan kami. 

"Mungkin dalam aksi pertama itu, kami belum mendapat momentum lagi, tambahan pula beraksi di dalam cuaca sejuk. Namun, latihan di Mokpo, Kroea Selatan, membantu kami menyesuaikan diri.

"Semua orang tahu kalau kami kalah kalah kepada Jordan, maka peluang untuk ke suku akhir akan tertutup. Keputusan seri 1-1 dalam perlawanan itu membuatkan kami percaya kami mampu melakukan sesuatu ketika menentang Arab Saudi," tambahnya.

Boy menjadi wira buat skuad B-23 negara hasil golnya dalam kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi namun mengakui ia memerlukan naluri untuk menyempurnakannya. 

"Bukan mudah, ia hadir menerusi keyakinan terhadap kemampuan sendiri. Saya sendiri tidak sangka dan ia satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan kerana dapat menjaringkan gol kemenangan dan membawa pasukan ke suku akhir."

Dedah Boy lagi, kesempatan beraksi dalam skuad utama Felda United membantunya mengembangkan permainannya. 

"Saya ingin berterima kasih kepada B. Sathianathan yang mahu saya ke sana. Tunjuk ajarnya serta pengalaman pemain senior seperti Shukor Adan sebagai ketua pasukan banyak membantu saya.

"Shukor banyak menegur elemen yang perlu saya tingkatkan agar saya menjadi pemain yang lebih sempurna," ujarnya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video