Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berpuas hati dengan aksi pra-musim pertama skuad The Bos Gaurus apabila membelasah Felcra FC 5-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Arena, Universiti Malaya, semalam.
Menurutnya, ia adalah aksi pemanas badan yang baik memandangkan beliau mencuba beberapa pemain muda serta kombinasi berbeza, dengan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri paling mencuri tumpuan selepas menjaringkan dua gol.
"Selepas persiapan pra-musim yang baik, saya sangat gembira dengan persembahan pemain. Pemain muda bermain baik pada separuh masa pertama. Jadi, ia adalah permulaan yang baik," katanya.
Dalam perlawanan itu, Felcra terlebih duhulu membuka jaringan apabila sepakan percuma Mohd Haziq Muiz terkena penjaga gol perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, sebelum menerjah jaring pada minit ke-10.
Namun, Perak bangkit dengan lima gol selepas itu, bermula dengan jaringan Mohd Nizad Ayub pada minit ke-13.
Ahmad Khairil kemudian meledak dua gol masing-masing pada minit ke-16 dan 32 untuk Perak mendahului 3-1 dalam separuh masa pertama.
Selepas rehat, Nizad meraih gol keduanya pada minit 48, sebelum Gilmar Jose da Silva Filho meraih gol kelima Perak pada minit ke-80.
Bagi jurulatih Felcra, Tarccsio Pugliese Barbulio, perlawanan itu adalah pendedahan baik buat pasukannya, apatah lagi mereka beraksi tanpa awang import yang masih belum tiba.
"Kami tahu kami bermain dengan pasukan besar. Mereka sudah lama dibentuk sementara kami adalah pasukan baru. Jadi, tiada masalah bagi kami kerana kami bermain dengan pasukan di tahap tinggi," ujarnya.