Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong tidak perlu gusar tentang Dybala -- Marotta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juventus-tell-fans-not-to-worry-about-dybala-contract.jpg

Paulo Dybala akan menandatangani kontrak baharu dengan Juventus dan penyokong tiada sebab untuk berasa bimbang, ujar pengarah kelab itu, Giuseppe Marotta.

Pemain penyerang itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Barcelona dan Manchester City, namun Marotta mengumumkan bulan lalu pembaharuan kontrak sedang dalam perjalanan.

Bagaimanpun, masih tiada sebarang pengumuman baharu sehingga kini tetapi penyokong tidak perlu panik kerana kontrak sedia ada hanya akan berakhir pada 2020.

"Delegasi Dybala berada di Argentina ketika ini," Marotta memberitahu Mediaset.

"Tiada ada sebab untuk bimbang.

"Mereka akan tiba hujung bulan dan ketika itu, dia akan menandatangani pembaharuan kontrak.

Dybala, yang hanya meledak lima gol bagi musim 2016-17 berbanding 19 gol musim lalu, beraksi semalam berdepan Cagliari.

Marotta turut menafikan dakwaan bahawa pengendali, Massimiliano Allegri, akan berhijrah sebaik musim ini berakhir.

"Kami tidak ada sebarang masalah dengan jurulatih meskipun media menyatakan sebaliknya."

 

Advertisement

Must Watch Video