Badan Bertindak Penyokong Selangor menggesa Kerajaan Negeri dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) segera mencapai titik perdamaian dalam isu penggunaan Stadium Shah Alam yang dilihat menafikan hak pencinta bola sepak Selangor.
"Kami tidak mahu mencari musuh atau mencari salah sesiapa, sama ada FAS ataupun Kerajaan Negeri Selangor tetapi lebih kepada tindakan akhir atas dasar sayang dan cintakan bola sepak Selangor.
"Sesungguhnya tindakan ini tidak dipengaruhi mana-mana organisasi, parti politik atau mereka yang berkepentingan," menurut jurucakap Badan Bertindak Penyokong Selangor, Mohd. Firdaus Abdul Mutalib.
Mereka enggan menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini kerana agenda mereka hanya mahu Selangor beraksi di Shah Alam.
Mereka hairan mengapa PKNS dan Felcra FC diberi kebenaran sedangkan tidak buat Selangor.
Satu memorandum yang ditandatangani penyokong Selangor akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, esok.
Jika tiada jawapan balas dalam tempoh 48 jam, mereka tidak akan teragak-agak mengharapkan penglibatan istana Selangor dalam perkara ini.
"Kami akan menyerahkan memorandum untuk mendesak Kerajaan Negeri supaya membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Shah Alam selewat-lewatnya dalam pusingan kedua liga 2018," katanya lagi.