Sang Badak bakal diperkuatkan dengan kehadiran penyerang Puerto Rico, Hector Pito Ramos, selepas pemain itu tiba di Kota Kinabalu, petang semalam.
Pemain berusia 28 tahun yang lebih mesra dipanggil Ramos itu dijangka menyertai sesi latihan skuad kendalian Jelius Ating hari ini dan dia juga dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan esok sebelum melengkapkan perpindahannya bersama Sabah.
"Saya harap akan dapat membantu pasukan ini (Sabah), saya mahu menghadapi perlawanan yang bagus di sini serta menjaringkan gol... sebab itu pasukan ini membawa saya ke sini," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), semalam.
Ramos yang memiliki ketiggian 191Sm sebelum ini beraksi bersama Puerto Rico FC dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) dari tahun 2016 hingga 2017 dan berjaya membantu pasukan berkenaan untuk beraksi dalam Piala Copa Luis Villarejo.
Dia yang memulakan kariernya sebagai pemain profesional pada 2008 turut pernah beraksi dengan beberapa kelab lain, termasuk kelab El Salvador, Isidro Metapan, dari 2013 hingga 2015 dan berjaya membantu pasukan itu merangkul tiga kejuaraan dalam liga Salvadoran Primera División.
Di peringkat antarabangsa pula, Ramos pernah mewakili skuad bawah 17, 21 dan 23 tahun Puerto Rico seterusnya disenaraikan untuk beraksi bersama skuad utama negara berkenaan pada 2010 yang menyaksikannya menjaringkan 18 gol daripada lebih 30 penampilan.
Sabah kini telah mengisi tiga daripada empat slot pemain import selepas mengekalkan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong
Selain itu, pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, juga telah kembali ke pangkuan pasukan itu selepas berehat panjang pada musim lalu akibat kecederaan, dengan pemain berkenaan masih memiliki baki kontrak sehingga tamat musim ini.