Pep Guardiola tidak akan mengubah taktikal Manchester City musim ini selepas yakin dengan pertambahan baru kelab itu untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang digunakan seperti musim lalu.
City menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu 15 mata di belakang juara, Chelsea, dengan Guardiola menharungi semusim tanpa sebarang piala buat julung kali dalam kariernya sebagai pengurus.
Hasilnya, Guardiola membawa masuk Ederson, Kyle Walker, Danilo dan Benjamin Mendy dengan jumlah perbelanjaan GBP200 juta (RM1.1 bilion) bagi mengukuhkan barisan pertahanan dan gawang.
Guardiola turut yakin mampu melaksanakan taktikal menyerang dengan lebih baik dengan kemasukan perancang tengah AS Monaco, Bernardo Silva, apabila turun berdepan pendatang baru, Brighton and Hove Albion, hari ini.
"Jika kamu membandingkan corak permainan musim lalu dengan aksi pra-musim, perkara asas kekal sama," katanya.
"Jika kami beraksi dengan lebih baik musim ini, ia adalah kerana kerana musim lalu lebih sukar, kini saya dan pemain lebih mengenali diri masing-masing.
"Kalau boleh selepas tiga atau empat hantaran, pemain perlu menghasilkan gol tetapi kadang-kala ia bukan sukar untuk dilaksanakan. Kami perlu menggerakkan pihak lawan kerana penyerang saya bukan Peter Crouch."
Tambahnya: "Kami mahu lebih agresif meskipun bola tiada di kaki, sama seperti musim lalu. Kami mahu menyerang dengan lebih lancar tetapi ia satu pproses yang kadang-kala memakan masa.
"Jika kamu membandingkan aksi pertama kami musim lalu berdepan Sunderland dengan aksi berdepan Steaua Bucharest, corak permainan adalah sama kerana menggunakan pengurus yang sama. Bezanya kualiti pemain yang dibawa masuk."
Guardiola turut kelihatan berpuas hati apabila berjaya membawa masuk bek kiri dan kanan yang baru dan muda.
"Saya menghormati pemain yang saya miliki," jelasnya.
"Saya tidak pernah mengadu apabila kami tewas atau memberikan sebarang alasan. Ketika di Jerman (Bayern Munich), saya juga tidak pernah memberikan alasan.
"Dengan adanya pemain bek yang muda, saya akan menggunakan kekuatan dan kepantasan mereka. Kyle, Mendy dan Danilo adalah pemain yang cukup bertenaga."
Selepas memilih untuk menerapkan formasi 3-4-3 dalam aksi pra-musim, Guardiola mengesahkan akan mengubahnya daripada tiga ke empat pemain pertahanan mengikut kesesuaian.
"Kami mengharungi empat aksi pemanas badan dengan tiga daripadanya menggunakan formasi 3-4-3. Sistem itu sangat sesuai apabila menyerang tetapi memerlukan kerjasama seluruh pemain ketika bertahan. Kami melaksanakannya dengan baik. Tetapi ia hanya aksi pra-musim," katanya.