Skip to main content

Bola Sepak

Penghijrahan Coutinho tidak ganggu Liverpool

coutinho_4.jpg
Pep Guardiola tidak berasakan perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona telah
melemahkan kekuatan Liverpool menjelang aksi di antara The Kop dan pasukannya, Manchester City, di Anfield, malam ini.


Liverpool masih belum tewas dalam 17 perlawanan terakhir daripada semua kejohanan sementara
City kini telah meraih 20 kemenangan dan dua seri dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL),
musim ini.

Kali terakhir City mengutip tiga mata di Anfield adalah pada Mei 2003 dan keputusan Coutinho
untuk pergi ke Barca tidak membuatkan Guardiola berfikir lebih mudah untuk mencipta
kemenangan.

"Kualiti yang dimiliki Coutinho tidak perlu dipersoalkan dan saya rasa Barca telah mendapatkan
seorang pemain yang benar-benar mempunyai ciri-ciri yang diperlukan sejak 20 tahun lalu.

"Liverpool tetap sebuah kelab yang hebat. Jurgen Klopp tahu apa yang perlu dilakukan dengan
pasukannya dan mereka kini mempunyai sumber yang kukuh.

"Mereka tampil tanpa Coutinho dalam banyak perlawanan pada musim ini disebabkan kecederaan
dan beberapa sebab lain tetapi tetap muncul sebagai pasukan yang seimbang dan bagus. 

"Situasi tetap akan sama apabila City menentang mereka, malam ini," kata Guardiola.

Bekas pengendali Bayern Munich dan Barca itu juga sedar akan kemampuan jentera serangan The
Kop yang terdiri daripada Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

"Saya rasa apabila pertahanan kami mengawal bola, rangkaian serangan Mane, Firmino dan Salah
akan cuba mendapatkannya. Kini mereka juga memiliki Virgil Van Dijk, jadi mereka semakin baik.

"Mane dan Salah sangat pantas, jadi kami harus sentiasa mengawal mereka, terutama ketika berada
dalam posisi bahaya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video