Jurulatih Selangor, Karsten Nitzel, menganggap pembentukan satu pasukan adalah penting untuk anak buahnya lakukan sebelum memenuhi objektif utama bagi saingan Liga Malaysia 2021.
Perkara itu dikongsi Nitzel selepas tamat sesi latihan penuh hari pertama di Shah Alam selain pemain import Selangor, Tim Heubach, melabelkan sesi hari pertama berada dalam suasana yang cukup positif.
Nitzel lebih selesa berkongsi pembentukan satu pasukan di awal musim kerana kejayaan Selangor hanya akan dicapai secara berpasukan.
"Ia merupakan kejutan bagi saya kerana setiap pemain memberikan komitmen terbaik dalam sesi latihan pertama pasukan," kata Nitzel.
Dalam sesi latihan penuh di hari pertama musim 2021, hanya Ifedayo Olusegun tidak kelihatan kerana masih bercuti.
Sementara itu, pertahanan tinggi lampai Heubach berkongsi ceria selepas melewati sesi latihan hari pertama bersama skuad utama.
"Selepas rehat jangka masa panjang, bukan mudah untuk mendapatkan sentuhan dan saya berasakan aksi yang lebih cemerlang dapat dihasilkan selepas lebih banyak sesi latihan," katanya.
Beberapa nama mendapat perhatian pemain kelahiran Jerman itu antaranya Brendan Gan dan Shahrel Fikri.
Ammar Hakim
Mon Jan 04 2021