Skip to main content

Bola Sepak

Pemain-pemain tidak perlukan siulan – Luis Enrique selar penyokong

the-players-don-t-need-whistles-luis-enrique-hits-out-at-fans.jpg
Luis Enrique menyelar penyokong yang mengejek Barcelona ketika kemenangan 2-1 ke atas Leganes pada saat-saat akhir saingan LaLiga yang hambar, semalam.

Lionel Messi menjaringkan kedua-dua gol, termasuk satu sepakan penalti pada minit ke-90, untuk menjamin kemenangan tipis skuad Catalan itu tapi tidak banyak mengendurkan rasa tidak puas hati terhadap keaiban kekalahan 4-0 kepada Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara minggu lalu.

Di sebalik permulaan cemerlang menentang Leganes dengan gol pendahuluan Messi seawal minit keempat, penyokong tidak pun teruja, dengan menghalakan cemuhan mereka terhadap pemain-pemain dan jurulatih lebih daripada sekali.

Ejekan dan siulan dapat didengar beberapa kali, dengan pemain tengah, Andre Gomes, menjadi sasaran khusus, sambil Luis Enrique menggesa penyokong supaya bersikap lebih memahami.

“Saya harus berdepan dengan tindak balas pasukan dan penyokong,” katanya kepada Movistar Partidazo. "Saya tahu ia sukar tapi pada ketika ini, pemain-pemain tidak memerlukan siulan, tapi kasih sayang.

"Saya tidak faham siulan terhadap Andre Gomes. Saya percaya memberikan siulan kepada pemain pasukan anda sendiri adalah tidak masuk akal tapi semua orang boleh menunjukkan rasa tidak puas hati dengan apa saja cara yang mereka mahu.

"Tapi apa yang membuat kami lebih kuat ialah apabila mereka memberi sokongan kepada kami dan layanan seperti ini kepada Andre menyakitkan hati saya.”

Barca kini satu mata di belakang pendahulu, Real Madrid, yang bermain kurang dua perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video