Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, mahu barisan pemainnya berusaha lebih keras sekiranya tidak mahu mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana ketika mereka bertandang untuk bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
"Saya akui persembahan kami masih belum berada di tahap terbaik kerana kami hanya melalui persiapan pra-musim yang singkat.
"Bagaimanapun, ia bukan alasan kerana apa yang penting kami perlu bekerja lebih keras sama ada ketika sesi latihan mahupun dalam perlawanan.
"Kami telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam aksi lalu ketika tewas kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II).
"Saya yakin pemain saya akan belajar daripada kesilapan itu dan bangkit memburu kemenangan pertama musim ini," katanya.
Jelius berkata selepas kecundang di gelanggang sendiri dalam aksi pertama minggu lalu, pasukannya kini mahu meraih kemenangan bagi memulihkan semangat mereka dan penyokong.
Kemenangan adalah respons terbaik terhadap kekalahan itu dan berharap anak buahnya akan bekerja keras bagi mencapai sasaran itu.
"Apa yang paling penting adalah kami perlu bangkit untuk memburu kemenangan selepas tewas kepada JDT II dalam aksi pertama di tempat sendiri minggu lalu.
"Kami telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan menyasarkan kemenangan di Kota Bharu," katanya.
Dalam pada itu, Jelius turut mengalu-alukan kehadiran penyerang import baru pasukannya, Luiz Carlos Caetano De Azevedo Junior, yang dijangka dapat diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini.
"Jika dilihat dalam perlawanan tempoh hari, kami kurang tajam di bahagian serangan dan saya berharap dengan kehadiran Junior, dia dapat membantu pasukan ini untuk menghasilkan gol," katanya.