Skip to main content

Bola Sepak

Pelancaran jersi Perak meriah

pelancaranzambry28118_2.jpg
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) secara rasmi memperkenalkan jersi baru skuad The Bos Gaurus (TBG) dalam mengharungi saingan musim 2018 selain memperkenalkan barisan pemain kepada peminat setia TBG.

Majlis pelancaran jersi musim 2018 di Bulatan Amanjaya, Ipoh semalam berlangsung meriah dengan menyaksikan lebih 5,000 penyokong setia pasukan hadir.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan hadir sama Presiden  PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

TBG mengekalkan jersi kuning sebagai tuan rumah manakala warna merah dipakai ketika berkunjung ke tempat lawan. 

Terdahulu, PAFA turut memperkenalkan barisan skuad pasukan futsal lelaki dan wanita, skuad Piala Belia dan skuad Piala Presiden serta barisan penaja utama, iaitu Lembaga Air Perak (LAP), aL-ikhsaN, Quest International University Perak dan West Coast Expressway.
 

Advertisement

Must Watch Video