Skip to main content

Bola Sepak

Pegawai keselamatan tarik balik laporan diserang Aguero

sergio-aguero-cropped_427l2segkaux1h6xbkd5pvznh.jpg
AFC Bournemouth mengesahkan pegawai keselamatan yang mendakwa penyerang Manchester City, Sergio Aguero, menyerangnya telah menarik balik kenyataan itu.

Aduan polis telah dibuat susulan jaringan kemenangan Raheem Sterling pada minit ke-97 dalam kemenangan 2-1 di Stadium Vitality, malam tadi.

Penyokong City menyerbu padang sehingga terpaksa dikekang pegawai keselamatan dan pihak polis ketika sambutan jaringan Sterling menjadi tidak terkawal tatkala Aguero kelihatan bertekak dengan dua pegawai selepas mereka menerkam salah seorang penyokong.

Dipercayai, seorang pegawai telah memfailkan aduan kepada pihak polis dengan dakwaan Aguero telah menyerangnya, lantas pemain antarabangsa itu mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter: "Saya tidak menyerang sesiapa. Tuduhan ini tidak benar dan rakaman televisyen membuktikannya."

Bournemouth kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa laporan itu telah ditarika balik, dan menyifatkan insiden itu sebagai salah faham.

"AFC Bournemouth dimaklumkan mengenai insiden yang didakwa berlaku selepas gol kedua Manchester City di Stadium Vitality," kata kelab itu.

"Kami mengesahkan bawah laporan mengenai dakwaan menyerang telah ditarik balik.

"Kami percaya pegawai keselamatan menjalankan tugas mereka dalam memastikan stadium tidak diceroboh bagi menjaga keselamatan pemain dan penyokong."
 

Advertisement

Must Watch Video