"Pastikan aksi bertemu Kuantan FA pada Jumaat ini satu-satunya perlawanan yang dianjurkan pada sebelah petang," kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
"Saya mahu lihat aksi kedua, ketiga dan seterusnya berlangsung pada sebelah malam. Saya sendiri lebih berminat untuk menyaksikan perlawanan pada waktu malam," katanya.
Abdul Karim mengulas mengenai aksi Sarawak bertemu Kuantan FA di Stadium Negeri pada jam 4.15 petang, Jumaat ini.
Tindakan itu terpaksa dilakukan berikutan masalah lampu limpah stadium yang gagal memenuhi spesifikasi pencahayaan yang ditetapkan.
"Saya baru dimaklumkan tentang perkara ini sekejap tadi. Dan saya akan minta Perbadanan Stadium Sarawak agar segera mengambil tindakan," katanya lagi.
Tegasnya, apabila beraksi pada sebelah petang, risikonya adalah kekurangan penonton.
"Ia adalah waktu bekerja dan sukar untuk peminat hadir tepat pada masanya," ujarnya.
Beliau turut menyeru penyokong untuk hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan baharu Ngap Sayot itu.
"Kami perlu menang dalam aksi pertama ini agar ia mampu memacu moral pemain untuk aksi-aksi seterusnya. Kami mahu kembali ke Liga Super pada musim depan," tegasnya lagi.