Skip to main content

Bola Sepak

Pamer aksi lebih baik daripada Messi motivasi buat Ronaldo

24717neymar-lionel-messi-cristiano-ronaldo.jpg
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menegaskan keinginannya untuk memintas Lionel Messi dan Neymar merupakan penggerak utamanya untuk bergelar pemain terbaik dunia.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang memenangi Ballon d'Or pada Januari lalu, sekali lagi menjadi pilihan untuk bergelar pemain terbaik dunia buat kali kelima selepas membantu Real menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) bagi musim 2016-17. Ronaldo dan seterunya, Messi, telah berkongsi Ballon d'Or dan FIFA Ballon d'Or setiap tahun sejak 2008 dan satu lagi kejayaan akan meletakkan bekas pemain Manchester United itu setaraf dengan pemain terbaik sepanjang zaman Barcelona itu.

Dan Ronaldo mengakui persaingan sihat dirinya dan Messi, termasuk penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski dan penyerang Juventus, Gonzalo Higuain, merupakan inspirasinya untuk mencari kejayaan.

"Untuk memilih seorang pemain adakah sukar tetapi saya cuba menjadi pemain terbaik setiap tahun," kata Ronaldo.

"Anda tidak boleh berehat kerana akan ada pemain yang mampu memintas anda pada bila-bila masa.

"Neymar, Messi, Lewandowski dan Higuain... mereka dalam kalangan yang terbaik di dunia. Ia adalah persaingan yang sihat di antara kami.

"Ia merupakan motivasi buat saya untuk menjadi lebih baik daripada mereka, tahun demi tahun."

Advertisement

Must Watch Video