Skip to main content

Bola Sepak

Palace gagal pamer kejantanan -- De Boer

tammyabraham-cropped_5wh26w2r2rj21ejfasosk93t1.jpg
Frank de Boer kecewa dengan aksi Crystal Palace yang gagal mempamerkan 'kejantanan' selepas kecundang 2-0 kepada Swansea, malam tadi.

Palace masih gagal membutirkan sebarang mata dalam tiga aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Gol oleh Tammy Abraham dan Jordan Ayew menghukum kesilapan Palace di Selhurst Park sebelum pasukan tuan rumah mula bangun daripada tidur.

"Kami perlu mempamerkan kejantanan sebaik perlawanan bermula," De Boer memberitahu BBC Sport.

"Selepas kami ketinggalan 2-0 barulah kami bangkit dengan permainan sebenar.

"Kami tewas bukan kerana Swansea pasukan yang berkualiti. Kami tewas susulan kesilapan sendiri.

"Ini satu pengajaran untuk kami. Jika kami tidak menonjolkan keberanian, sudah tentu kami akan dihukum.

"Dalam babak kedua, barulah kami mempamerkan permainan sebenar. Tetapi hari ini segalanya tidak menjadi."

Meskipun Swansea tidak pernah menghasilkan jaringan dalam dua perlawanan sebelum ini, pengendali, Paul Clement, percaya pasukannya boleh menganggap keputusan ini sebagai tanda permulaan musim yang positif.

"Kami bermain dua perlawanan di tempat lawan dan mengutip empat mata, aksi di laman sendiri adalah ketika berdepan Manchester United," katanya.

"Layak ke Piala EFL, ini adalah permulaan yang agak baik."

Bercakap mengenai perpindahan pemain, Clement berkata:"Kami sedang mensasarkan beberapa pemain.

"Kami akan cuba membawa masuk beberapa pemain berkualiti tahun ini."

Advertisement

Must Watch Video