Olexsandr Zinchenko yang membawa impak besar pada musim pertamanya selepas beralih angin daripada Manchester City yakin Arsenal mampu lebih menonjol musim ini.
Pemain serba boleh itu membantu Arsenal bertahan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) buat beberapa ketika sebelum tergelincir di penghujung saingan yang membuatkan mereka berputih mata menyerahkan kejuaraan kepada City.
“Saya sudah katakan banyak kali pada masa lalu, saya mempunyai perasaan dan boleh menghidu bahawa detik (kejayaan) Arsenal akan tiba jua.

“Malangnya musim lalu kami tidak mencapai apa yang kami idamkan tetapi banyak pengajaran yang baik untuk kami sebagai bekalan musim ini. Pastinya ia akan membantu kami pada musim berikutnya.
"Saya cukup keyakinan jadi mari kita lihat apa yang akan berlaku.”