Skip to main content

Bola Sepak

Odegaard mampu cetus masalah kepada sesiapa -- Solskjaer

odegaard.jpg
Ole Gunnar Solskjaer berkata Martin Odegaard mampu mencetus masalah buat mana-mana pasukan dalam dunia bola sepak menjelang pertemuan Arsenal dengan Manchester United.

Arsenal menandatangani Odegaard secara pinjaman daripada Real Madrid hingga penghujung musim ini.

Dia masih lagi berusaha mendapatkan tahap kecergasan yang terbaik dan belum disahkan jika sempat untuk membuat penampilan sulung bersama Arsenal ketika menerima kunjungan United di Stadium Emirates awal pagi Ahad ini.

Solskjaer, yang bersama pasukan tewas 2-1 di tangan Sheffield United Khamis lalu, jelas mengetahui kemampuan pemain kelahiran Norway itu.

Tetapi dia berharap Odegaard tiak akan terus beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).
 

"Martin seorang pemain muda berbakat," katanya.

"Kami mengetahui daripada aksi yang dipamerkan bersama skuad kebangsaan bahawa dia mampu mencetus masalah kepada sesiapa.

"Kami berharap dia tidak beraksi bertemu United! Kami mengucapkan semoga berjaya kepadanya.

"Arsenal beraksi cemerlang, mengubah rentak prestasi mereka. Sejak perlawanan bertemu Chelsea mereka meraih keputusan positif.

"Sentiasa menjadi perlawanan hangat bertemu Arsenal. Lahir kenangan lama antara dua pasukan ini."
 

 

Advertisement

Must Watch Video