Pemain termahal dunia, Neymar, tidak akan membuat penampilan apabila Paris Saint-Germain (PSG) turun menentang Nantes di tempat lawan, tengah malam ini.
Bintang Brazil itu beraksi serta menjaringkan satu gol ketika membantu PSG menewaskan Amiens bagi aksi Piala Liga Perancis pada Rabu lalu tetapi tidak akan menyertai skuad ke Stade de la Beaujoire selepas dilaporkan mengalami kecederaan tulang rusuk.
Bagaimanapun, pengendali pasukan, Unai Emery, tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai pemain berusia 25 tahun itu ketika sidang media.
“Kami melakukan persiapan untuk berdepan Nantes dengan skuad yang ada.
“Edinson Cavani dan Javier Pastore telah kembali menyertai pasukan selepas didenda akibat lewat melaporkan diri ke sesi latihan, sebelum ini.
“Kami masih mempunyai dua sesi latihan sebelum aksi pada Ahad malam dan kita akan ketahui tentang senarai pemain walaupun saya rasa semua akan bersedia untuk beraksi.
“Hanya Thiago Motta berlatih sendirian selepas kembali daripada kecederaan,” kata Emery.
Bagaimanapun, sebaik sahaja senarai pemain diumumkan semalam, Neymar dan Pastore tidak disenaraikan bagi aksi ke-20 musim ini.