Neymar disenaraikan dalam skuad Brazil bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia berdepan Ecuador dan Colombia meskipun negara itu telah pun melayakkan diri ke kejohanan 2018 itu.
Brazil mendahului saingan kelayakan dengan sembilan mata dan merupakan satu-satunya pasukan dari Amerika Selatan yang telah pun mengesahkan tempat ke Russia setakat ini.
Ketua jurulatih, Tite, pada awalnya memberi bayangan akan menyenaraikan pemain yang beraksi dalam Liga Brazil, namun memilih untuk menamakan skuad yang kuat dengan Neymar akan kembali ke negaranya buat kali pertama sejak perpindahan rekod dunia GBP200 juta (RM1.1 bilion) ke Paris Saint-Germain (PSG).
Bercakap tentang perpindahan Neymar, Tite berkata: "Dia mencari cabaran baru, kelab baru dan perancangan baru.
"Fokus utamanya adalah untuk menikmati bola sepak.
"Benarkan dia untuk berasa gembira di kelab barunya."
Skuad Brazil:
Penjaga gol: Alisson, Cassio, Ederson.
Pertahanan: Dani Alves, Rodrigo Caio, Fagner, Filipe Luis, Marcelo, Marquinhos, Miranda, Thiago Silva.
Tengah: Renato Augusto, Casemiro, Philippe Coutinho, Fernandinho, Giuliano, Luan, Paulinho, Willian.
Penyerang: Roberto Firmino, Gabriel Jesus, Neymar, Taison.