Paris Saint-Germain (PSG) tidak perlu menjual Neymar atau Kylian Mbappe untuk memenuhi peraturan-peraturan Kewangan 'Fair Play' (FFP), kata presiden kelab Ligue 1 itu, Nasser Al-Khelaifi.
Tahun lalu, PSG menafikan tuduhan yang dibuat oleh Der Spiegel dan Mediapart bahawa kelab itu mengelak daripada mematuhi peraturan FFP dengan mengatakan mereka "sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh institusi sukan".
Ada yang mendakwa PSG akan mempertimbangkan untuk menjual aset berharga mereka demi mematuhi peraturan berkenaan, sebaliknya Al-Khelaifi menafikan PSG perlu menjana kewangan dengan penjualan Neymar atau Mbappe, yang kedua-duanya dikaitkan dengan perpindahan.
"Ia bukan sekadar 100 peratus, bahkan 2,000 peratus," kata Al-Khelafi kepada Le Parisien apabila ditanya sama ada kedua-dua bintang PSG terbabit akan kekal di Parc des Princes.
"Mereka akan kekal di Paris. Banyak media, terutama di Perancis, mendakwa kami perlu menjual Neymar atau Kylian. Saya mahu mengesahkan bahawa Kylian dan Neymar akan kekal di sini.
"Sudah tentu kami mahu membeli pemain dan mematuhi FFP. Kami yakin. Kami mempunyai cara untuk mendapatkan pemain."
Neymar kini berada di Brazil untuk menjalani rawatan kecederaan jari kakinya sementara tugas sebagai penyerang utama PSG dipikul Mbappe ekoran ketiadaannya dan Edinson Cavani.