Skip to main content

Bola Sepak

Neymar mahu cipta kejayaan baru di PSG

5817neymar.jpg
Neymar menegaskan perpindahan termahalnya ke Paris Saint-Germain (PSG) bukan untuk menonjol sebagai bintang, sebaliknya mahu keluar daripada kepompong Lionel Messi di Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu menyempurnakan perpindahan ke PSG dengan rekod perpindahan bernilai EURO222 juta (RM1.18 bilion) kelmarin.

Ia telah dikhabarkan Neymar mahu menjadi tarikan utama kepada pasukannya, tidak seperti apa yang berlaku di Nou Camp dengan kehadiran pemenang Ballon d'Or lima kali, Messi.

Neymar, yang menandatangani kontrak selama lima musim bersama gergasi Ligue 1 itu, menolak dakwaan tersebut. "Saya mahu menyertai PSG kerana mahukan cabaran baru, bukan kerana tidak dilihat sebagai bintang di Barcelona. Ia bukan sesuatu yang saya cari di Paris," kata Neymar.

"Saya ke sini kerana mahu memenangi trofi baru dan cabaran baru, ia adalah motivasi saya. Saya mahu mengimpikan sesuatu yang lebih besar."

Selepas meninggalkan skuad yang dianggap terbaik di dunia, Neymar kini perlu melakar kejayaan baru bersama PSG dan membantu mereka mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Kejayaan UCL menjadi sasaran utama buat skuad bimbingan Unai Emery itu manakala presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi, mahu PSG kembali merebut semula gelaran juara Ligue 1.

"Saya tidak sabar untuk berlatih dengan rakan sepasukan baru di PSG.

"Ia merupakan satu keputusan yang sangat berat pernah saya ambil. Saya bersama kelab yang terbaik di dunia, saya amat menyayangi Barcelona. Tetapi saya perlu memikirkan semula apa yang saya inginkan di dalam hidup saya."
 

Advertisement

Must Watch Video