Skip to main content

Bola Sepak

Neymar lengkapkan jentera serangan PSG

8817neymaralkhelaifi.jpg
Bekas pertahanan Brazil, Alex, menyifatkan kehadiran Neymar membuat jentera serangan Paris Saint-Germain (PSG) semakin berbisa.

Pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan Barcelona dengan rekod perpindahan termahal di dunia yang bernilai EURO222 juta (RM1.1 bilion) bagi menamatkan gandingannya bersama Lionel Messi dan Luis Suarez.

PSG akan berkunjung ke Guingamp pada Ahad ini  dan Alex -- pemain yang bersama PSG pada 2012 hingga 2014 -- berasakan Neymar membentuk jentera serangan yang berbisa di samping Angel Di Maria dan Edinson Cavani.

"Kami menyedari terdapat beberapa pemain lain di dalam skuad yang akan bersaing untuk mendapatkan tempat tetapi saya berasakan mereka akan menganggotai skuad utama," katanya.

"Saya tidak mahu menjadi pertahanan untuk menghalang asakan trio itu. Mereka akan menghasilkan banyak masalah. Sememangnya mereka akan mempamerkan persembahan yang menarik."

Kehadiran Neymar di PSG mengingatkan semula masa Ronaldinho beraksi di Parc des Princes dan Alex percaya terdapat persamaan di antara mereka berdua.

"Mereka memiliki gaya permainan yang sama. Mereka gemar beraksi di posisi yang sama -- di bahagian sayap kiri -- dan sentiasa cuba memintas pertahanan lawan.

"Saya berharap Neymar dapat mempamerkan kualiti yang sama ketika dia beraksi di Barcelona. Dia mampu mencipta kejayaan di pentas Liga Juara-Juara (UCL)."

Advertisement

Must Watch Video