Skip to main content

Bola Sepak

Neymar kembali perkuat PSG

neymar_6.jpg
Unai Emery memberi bayangan bahawa Neymar bersedia kembali beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) selepas terlepas aksi dengan Nantes akibat kecederaan tulang rusuk.

Pendahulu Ligue 1 itu menang 1-0 tanpa kelibat pemain termahal di dunia itu pada Ahad lalu berikutan ditimpa kecederaan berkenaan dalam pertemuan Coupe de la Ligue dengan Amiens, minggu lalu.

Pemain Brazil itu dilaporkan mula berlatih dengan rakan sepasukannya semalam dan ketua jurulatih, Emery, bercadang untuk menurunkannya. 

"Dia mengalami kesakitan di tulang rusuknya selama beberapa hari tetapi dia sudah menjalani latihan dengan baik dan kami akan memantaunya," kata Emery menjelang kunjungan Dijon ke Parc des Princes, awal pagi esok. 

"Saya bukan doktor. Biasanya dia perlu berehat selama seminggu hingga dua minggu. Kalau bersentuhan, dia mungkin masih mengalami kesakitan.

"Dia akan bersedia untuk esok, mungkin dia akan ditimpa kesakitan semasa sesi latihan."

Emery berasakan Neymar telah diberi perlindungan yang cukup oleh pengadi, tetapi tidak ragu-ragu pasukan lawan mungkin mencari jalan untuk memberikannya layanan  "istimewa".

"Pemain seperti (Nabil) Fekir dan Neymar sangat istimewa. Pengadil bersedia untuk melindungi pemain seperti ini," katanya lagi. 

"Neymar merupakan seorang pemain yang membuat perbezaan di atas padang. Semua orang yang menggemari Ligue 1 gembira mempunyai pemain seperti Neymar.

"Pihak lawan akan menggunakan segala cara untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. Mungkin pengurus mereka sedang memberi perhatian khusus di bahagian pertahanan untuk Neymar," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video