Neymar memenangi Anugerah Samba d'Or buat kali ketiga dalam kerjayanya.
Anugerah yang mengiktiraf pemain Brazil terbaik di Eropah itu dipilih oleh peminat, wartawan serta bekas pemain.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu pernah dinobatkan pemenang pada 2014 dan 2015 ketika dia bersama Barcelona.
Ini bermakna Neymar menyertai rakan sepasukan di peringkat kelab, Thiago Silva, dengan tiga trofi itu yang dilancarkan pada 2008, yang menyaksikan Kaka muncul pemenang sulung.
Pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho -- masih dikaitkan sebagai pengganti berpotensi Neymar di Camp Nou -- memenanginya pada 2016, namun pada kali ini terpaksa berpuas hati di tempat kedua, dengan tonggak Real Madrid, Marcelo, muncul di tangga ketiga di depan Paulinho, Casemiro dan Gabriel Jesus.
Neymar telah menjaringkan 17 gol dalam 20 penampilan untuk PSG sejak tiba dari Barca dengan rekod dunia €222 juta (RM1.1 bilion), Ogos lalu.
Dia akan menerima trofi berkenaan dalam satu majlis di Paris pada bulan depan.