Neymar akan memperoleh €865,000 (RM4.39 juta) seminggu apabila pemain Brazil itu menyempurnakan rekod perpindahan termahal dunia dari Barcelona ke Paris-Saint Germain (PSG).
Gaji pemain berusia 25 tahun itu akan menyamai €45 juta (RM228 juta) setahun sebelum cukai.
Barcelona memberitahu kelab Perancis itu bahawa mereka perlu membayar yuran €222 juta (RM1.17 bilion) secara penuh dan mereka difahamkan bersedia untuk memenuhi klausa pelepasannya.
Neymar tiba dalam latihan hari ini bersama ayah dan wakilnya dan memberitahu kelab Sepanyol itu bahawa dia mahu pergi.
Dia kemudian diberikan kebenaran oleh pengurus Barca, Ernesto Valverde, untuk tidak menjalani latihan dan "menyelesaikan masa depannya".
Perkembangan terbaru itu muncul dua hari selepas Barca menyatakan kesediaan untuk membuat laporan mengenai perlanggaran Fair Play Kewangan jika PSG menandatangani Neymar.
Menurut senarai individu terkaya Forbes, Neymar kini menjadi satu-satunya pemain bola sepak yang meraih pendapatan penajaan luar padang lebih banyak berbanding kontrak bermain di Barcelona.
Penaja Neymar termasuk jenama global seperti Nike, Gillette, Panasonic dan Beats by Dre dengan menyumbang pendapatan sebanyak £16.6 juta (RM94 juta), sementara gajinya di Barca adalah £11.3 juta (RM64 juta).
"Dia adalah pemain bola sepak pertama yang memiliki kasut Air Jordan sendiri yang dibuat oleh Swoosh," kata Forbes.
Bagaimanapun, ia akan berubah apabila dia melengkapkan perpindahan rekod dunia ke PSG dan mendapat gaji mingguan sebelum cukai sebanyak RM4.39 juta atau RM228 juta setahun.
Ia adalah lebih tinggi daripada gaji rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi, yang menandatangani perjanjian baru bulan lalu yang dilaporkan sebanyak £500,000 (RM2.8 juta), dan kontrak penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, £365,000 (RM2 juta) seminggu.
Neymar juga bakal menjadi pemain yang bergaji paling mahal, mengatasi Carlos Tevez yang dikatakan memperoleh £615,000 (RM3.5 juta) seminggu di Shanghai Shenhua.