Skip to main content

Bola Sepak

Negeri Sembilan bakal berwajah baru

mohamadhasan4118.jpg
Sebagai langkah ke arah penswastaan liga, Negeri Sembilan bakal diuruskan secara berasingan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selain pengubahan nama pasukan kepada kelab yang akan diumumkan sebelum Liga Super bermula 3 Februari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata fokus persatuan selepas ini hanya menjaga skuad Piala Presiden dan Piala Belia.

Bagi pasukan Liga Super, Negeri Sembilan akan diurus sebuah syarikat yang dilantik persatuan itu bagi tujuan melibatkan pemasaran dan penjenamaan pasukan.

Malah, jelasnya, nama pasukan akan ditukar dalam masa terdekat selepas mengambil kira beberapa cadangan.

"Banyak nama yang dalam senarai cadangan kami. Kami akan fikirkan apa nama kelab kami dan kami akan daftarkan secara rasmi. Mungkin sekarang ini ia boleh dipanggil NSFC. 

"Ia untuk pengasingan. Sekarang ini, kami adalah benar-benar sebuah kelab ataupun kelab profesional," katanya dalam majlis pelancaran pasukan, semalam.

Sementara itu, beberapa muka baru yang ditemui dalam majlis tersebut menegaskan mereka tidak akan mensia-siakan peluang beraksi bersama Negeri Sembilan.

"Ia bagus kerana saya sudah biasa dengan Liga Super. Saya sangat gembira kerana dapat kembali," kata pemain import, Madhu Mohana.

"Mungkin saya ada tekanan daripada penyokong sebab kita tahu pasukan negeri ini peminatnya ramai. Ia juga adalah cabaran baru juga bagi saya,"kata pemain pertahanan, Mohd Aizulridzwan Razali.

Advertisement

Must Watch Video