Pemain tengah Perak, Nasir Basharuddin, mengakui selesa bergandingan dengan Hafiz Kamal di bahagian tengah selepas The Bos Gaurus meraih kemenangan 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.
Nasir membentuk gandingan baru di bahagian tengah selepas Perak mengharungi enam perlawanan musim ini.
Beraksi bersama Hafiz, gandingan itu tampak berjaya menjana gerakan menarik dan efektif sepanjang permainan bertemu JDT.
"Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Hafiz. Saya sangat selesa bermain bersamanya. Saya akan cuba memberikan yang terbaik bagi menghadapi perlawanan akan datang," katanya.
Bagaimanapun, Nasir mengakui kejayaan manis menundukkan JDT menjadi tonik terbaik buat skuad Perak untuk perlawanan seterusnya.
"Kami bakal bertemu Felda United selepas ini. Saya berharap Perak mampu menghasilkan keputusan yang positif."