Skip to main content

Bola Sepak

Nasir pegang lilitan ketua pasukan

nasirkapten1.jpg
Pemain berpengalaman Perak, Mohd Nasir Basharudin, kembali dipilih untuk mengemudi The Bos Gaurus (TBG) dalam kempen Liga Malaysia musim 2018 manakala penjaga gawang, Muhammad Hafizul Hakim, dan pemain pertahanan, Shahrul Mohd Saad, ditugaskan sebagai pembantu ketua pasukan.

Bagi Nasir, pelantikan itu dilihat sebagai satu amanah yang perlu dipikul sebaik-baiknya.

"Bukan satu beban tetapi penghargaan untuk saya. Oleh itu, saya berikrar untuk memastikan pasukan Perak mampu mencapai matlamat," ujarnya.

Nasir juga menjelaskan berdasarkan pemain yang ada dalam skuad TBG, dia yakin musim ini sasaran untuk membawa pulang satu piala mungkin boleh menjadi kenyataan.

"Saya yakin. Adunan barisan pemain baru dan lama begitu menarik. Walaupun masih awal, namun keserasian mudah dibentuk.

"Brendan Gan, Gilmar da Silva dan Leandro Dos Santos semakin menunjukkan prestasi yang baik manakala pemain baru, Misagh Bahadoran dan Wander Luiz, mula mengenali corak bola sepak di sini. Pemain tempatan pula tiada masalah dengan prestasi," tambahnya. 

Nasir juga menyeru kepada rakan sepasukannya agar turun dan memberi cabaran dengan semangat perjuangan tinggi.

"Saya berharap semuanya berjalan seperti dirancang kerana Liga Malaysia semakin mendekati. Lagipun, kami akan terlibat dengan banyak perlawanan dan ini pasti menuntut prestasi dan kesabaran diri yang tinggi," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video