Massimiliano Allegri menjangkakan saingan sengit ketika Juventus berdepan Napoli bagi aksi separuh akhir Coppa Italia.
Kedua-dua pasukan akan berentap dalam perlawanan pertama di Turin awal pagi nanti, dengan Roma dan Lazio bakal merebut satu lagi slot ke final.
Prestasi Napoli tercemar apabila tewas kepada Atalanta 2-0 pada Sabtu lalu, kekalahan pertama mereka dalam saingan liga selepas 15 perlawanan.
Allegri memberikan amaran kepada Juve supaya bersiap sedia menghadapi cabaran sukar yang bakal ditampilkan oleh Napoli.
"Kami akan berdepan Napoli yang mahu mencari kemenangan selepas tewas kepada Atalanta," jelas Allegri.
"Mereka memiliki rekod yang baik dalam kejohanan ini, saya menjangkakan mereka akan memberikan kesukaran kepada kami.
"Sasaran kami adalah mara ke final, aksi final yang ketiga kami, dan berharap untuk memenanginya.
"Perkara yang penting adalah kami tidak dibolosi kerana ia akan memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.
.@OfficialAllegri: "We want to give ourselves the best chance of reaching the #CoppaItalia final.”
— JuventusFC (@juventusfcen) February 27, 2017
? https://t.co/NK3Lol8JWt #JuveNapoli pic.twitter.com/ufHZW422iX